Sunday, July 26, 2009

Kak Pora

Penulis ruangan hiburan yg menamakan dirinya Kak Pora telah mengulas tentang isu mengenai mat rempit, pondan, bohsia dan ragut didakwa kononnya filem yang ada elemen berkenaan boleh mempengaruhi remaja untuk terbabit dalam gejala samseng dan kegiatan tidak bermoral itu.

Memang bukan semua masalah kegiatan tidak bermoral itu berpunca daripada menonton filem yang mengandungi unsur-unsur sedemikian. Memang benar kebanyakan filem cuba menyelitkan mesej yang baik dan memberi kesedaran. Cuma kadang-kadang pembikin filem kita mungkin kurang memahami psikologi remaja. Remaja mempunyai kuriositi yang tinggi, apa yang dilarang itulah yang mereka nak buat. Itu sebabnya orang tua-tua dulu gunakan psikologi terbalik, kalau tak bagi panjat dia suruh panjat tinggi, kalau tak bagi lari, disuruh lari.

Pengusaha filem tempatan juga terlalu menumpu kepada golongan remaja untuk menonton filem mereka. Dalam bentuk yang ada sekarang, golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi memang tidak berminat menonton. Tambahan pula kalau sasaran mereka golongan dewasa, filem itu akan menjadi filem rencana pula (ala-ala Gerak Khas). Pembikin filem kena perlu lebih kreatif. Kalau filem tentang mat rempit janganlah bagi tajuk rempit, janganlah tunjukan aktiviti rempit menyeronokkan.

Kak Pora kena ingat kesan filem ke atas manusia bukan serta merta macam penumbuk, kena sebiji terus bengkak. Kesannya jangka panjang, sedikit demi sedikit, mungkin akan nampak pada generasi berikutnya. Gejala pergaulan bebas, anak luar nikah, bohsia, mat rempit dsb mungkin akibat dari pendedahan berterusan filem dan tv sejak dari tahun 60'an lagi.

Ada juga filem-filem yang diharamkan sprt filem lucah, tetapi masih boleh dicapai dengan mudah. Kejadian rogol, zina dan sumbang mahram adalah kesan langsung daripada menonton filem-filem lucah.

Adakah Kak Pora pasti anak-anak tak berperangai macam kartun? Kartun kadang-kadang lebih ganas daripada manusia, dan tak pernah mati pula.

Monday, July 20, 2009

Fotografi Digital

Semalam saya ke sebuah kedai fotografi untuk mencetak gambar-gambar terpilih yang terperap lama dalam hardisk. Dalam masa tak sampai 15 minit 50 keping siap tercetak. Saya beritahu towkey kedai, dlm zaman digital ni tentu untungnya lebih besar sebab kos mencetak lebih rendah. Tak perlu "cuci" filem, tak perlu "chemical", tak perlu "darkroom", tak perlu mesin besar, lebih banyak gambar boleh dicetak, jurufoto semakin ramai - dpd camera phone sampai dslr. Jawapannya agak mengejutkan saya - semasa era filem dulu, lepas ambil gambar, cepat-cepat orang hantar cuci sebab nak tau gambar jadi atau tidak, zaman sekarang memang banyak jurufoto tapi ramai yang simpan gambar dalam komputer - hanya cetak gambar terpilih sahaja, filem tak perlu beli - flash card boleh simpan banyak gambar dan boleh delete dan format, perkhimatan bergambar dalam studio boleh kata dah tak ada, dll.

Buta Huruf

Seorang kawan yang mengajar di SJKC kata guru-guru memang sedar ramai murid di sekolahnya masih tidak menguasai 2M. Guru besar pun sedia maklum tentang perkara ini, tetapi menurut GB lagi, yang telah menguasai 2M lebih ramai. Guru-guru di SJKC tidak kisah pun. Budak-budak yang tak tau membaca inilah yang akan menjadi mekanik, petani, berniaga kecil-kecilan (dan jadi gangster atau ahli politik). Dapat baca sikit-sikit dan pandai kira duit pun cukuplah. Mereka ada budak-budak pandai dalam kelas A dan B yang diberi tumpuan. Mereka inilah yang akan menjadi jurutera, arkitek, doktor serta profesional yang lain (termasuk ahli politik juga). Jadi apa nak risau. Yang patut risau adalah orang-orang Melayu. Yang buta huruf ramai, tetapi yang cemerlang kurang. Sistem kita sendiri sebenarnya yang menyumbang kepada masalah ini. Menurut kawan saya lagi, kalau di sekolah rendah dapat hasilkan 10 pelajar 5A dalam UPSR pun cukup. PPD dan pengarah akan puji tak habis-habis. Tenggelam cerita pasal tidak menguasai 2M dan K1A2M.

Racist

Jika yang terjun atau yang terjatuh dan mati itu orang Melayu, atau orang kerajaan, adakah akan ada orang berhimpun menuntut keadilan? Jika ketua polis negara orang bukan Melayu akan adakah desakan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat? Jika ketua pengarah SPRM orang buka Melayu adakah mereka akan dianggap "racist". Kadang-kadang saya rasa hiba melihat anggota polis Mlayu mengawal trafik di bawah terik matahari semata-mata kerana ada orang kaya cina yang mati, dan diarak secara besar-besaran sehingga menyebabkan kesesakan. Adakah orang cina dan india menjadi "untouchable"? Apa sahaja tindakan yang dikenakan, apa saja yang berlaku akan dianggap bersifat perkauman?